
Sheikh Waksa atau Haji Musa Bin Mohd Amin Bin Abdul Latif telah dilahirkan di kampung Kubang Badak dalam Daerah Patani, Thailand (Siam) pada tahun 1230 Hijrah bersamaan tahun 1810 Masihi [1]. Beliau adalah anak keempat dari jumlah tujuh orang adik beradiknya [2]. Daerah Patani ini merupakan pusat pendidikan Islam yang terkenal dengan sekolah pondok sejak dahulu hingga sekarang. Sheikh Waksa dilahirkan ditengah-tengah satu keluarga yang alim didalam hala agama Islam. Ayahnya, Mohd Amin ialah seorang gembala gajah yang meletakkan kepentingan Islam lebih dari yang lain. Begitu juga dengan datuknya, Abdul Latif yang juga merupakan seorang yang terkenal di daerah Patani kerana alimnya pada masa itu. Ibu Sheikh Waksa bernama Banun. Beliau juga mahukan anak-anaknya menjadi orang yang alim dalam Agama Islam. Pada masa itu, keluarga ini memang terkenal di daerah Patani kerana alimnya.
Ada diantara bapa saudara Sheikh Waksa telah dilantik menjadi imam masjid dan guru-guru agama di sekolah-sekolah pondok di daerah Patani. Oleh sebab itulah, Sheikh Waksa telah dibesarkan dan dididik didalam suasana keagamaan.
Masyarakat Patani pada masa itu lebih mementingkan soal-soal agama dari yang lain. Keadaan ekonomi orang-orang yang mahir didalam agama Islam juga terjamin kerana mereka selalu menerima zakat daripada orang-orang Islam tempatan. Selain dari itu, orang-orang ini juga dilantik memegang jawatan penting dalam masyarakat seperti imam masjid, guru agama, dan lain-lain[3]. Orang –orang yang alim didalam ilmu agama sentiasa dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Mereka sentiasa diperlukan oleh masyarakat terutamanya untuk menjadi imam, membaca doa, solat jenazah (sembahyang mayat) dan lain-lain amalan keagamaan. Mereka dijemput untuk menghadiri upacara penting seperti kenduri arwah, kenduri kahwin, membaca al-Quran dan lain-lain upacara keagamaan. Selain itu, mereka yang alim ini sentiasa dihubungi masyarakat untuk mendapatkan panduan serta nasihat-nasihat yang berguna untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Pada masa itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak yang alim sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. oleh kerana itulah ibubapa berusaha bersungguh untuk memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Betapa tingginya pandangan masyarakat terhadap orang-orang yang alim ini sehingga ada diantara ibubapa yang mempunyai anak gadis sentiasa mendoakan agar anak gadis mereka dijodohkan dengan orang-orang alim dalam Islam[4]. Oleh kerana itulah kita dapati orang-orang alim pada masa itu mempunyai isteri lebih dari seorang.
Inilah salah satu dari beberapa sebab mengapa sekolah sekolah wujud pada masa itu merupakan sekolah-sekolah pondok yang hanya mengajar ilmu-ilmu agama Islam.
Disebabkan oleh keadaan sedemikian telah memungkinkan Sheikh Waksa muncul sebagai tokoh Agama yang terkenal pada zamannya.
boleh terangkan dgn lebih jelas tntang keluarga sheikh waksa? mungkinkah keturunan waksa yg ada dlm darah saya merupakan syeikh wajksa yg sama disebutkan di atas?
ReplyDeleteSehingga hari ini siapa pon tidak dapat memberikan penjelasan yang jelas kenapakah wujud perkataan waksa itu sendiri? ia langsung tiada kaitan dengan panggilan gabungan wak dan musa yang menjadikannya waksa.
ReplyDeletewaksa adalah sebutan daripada sebutan dialek berbunyi wokso iaitu daripada perkataan wangsa. Patani Seri Wangsa Darul Fathonah.....
Banyak keturunan raja raja patani yang alim alim lari ke kedah setelah diserang siam dan menggantikan gelaran dengan panggilan waksa bagi memberi pengenalan bahawa mereka dari keturunan wangsa.
di chabang tiga,patani masih terdapat rumah lama yang dipanggil Rumah Wokso atau Rumah Wangsa didalam sebuah kota lama atau lainnya dipanggil sebagai Istana Jebak Puyuh...wallahualam
Bru jumpa link ini.Kemunkinan saya berasal dr keturunan Skh Waksa.Arwah bpa saya Mohsmad bin Abd Rashid bin Skh waksa.Arwah bpa pernah cerita msa kecil selslu blik ke Kusla Muda Kedah.Selepas bpa nya Abd Rashidmeninggal dunia terputus hubungan dgn kluarga disana.Arwah bpa on x ingat mklumat ttang kluarga disana ,kerna hsnya bberapa kli je blik ke kedah itu pn masa kecil.Pernah cari kluarga di kedah bberapa kli brdasarkn sedikit msklumat ttpi x berjaya.
ReplyDeleteNama apa kampung awak dekat kota? Kampung haji kudung ka?
DeleteSayang sekali link ni dah x active...
ReplyDelete